April 24, 2011

Sambal Tempe Sotong

Posted by Marlyana at 8:50 PM
Salam semua...dah 2 ari x mskkan entry, name pon cuti kan...jadual sangat padat...cewahhh~ Jumaat malam dah cop dah tengok Maharaja Lawak...cop2 pon kene gak masak...hehe Jumaat malam ari tu dinner sambal tempe dengan sotong...sotong tu saje tambah nak variasikan masakan...pastu goreng telur dadar...simple je lauk...2 orang makan je pon...jom layan resepi...




SAMBAL TEMPE SOTONG

bahan-bahan
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang kecil
  • cili kering @ cili blend
  • ikan bilis digoreng terlebih dahulu
  • tempe digoreng
  • 3 ekor sotong sederhana
  • sedikit air asam jawa
  • bawang besar - hiris
cara-cara

- tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk halus. Apabila wangi,masukkan cili blend dan tumis hingga masak.Kemudian masukkan sotong jangan masak terlalu lama.
- masukkan sedikit air asam. Setelah kuah agak pekat bolehla dimasukkan tempe dan ikan bilis.
- tutup api dan siap dihidangkan.

0 comments:


 

|miss watever| Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device