April 25, 2011

Kuih Puteri Ayu

Posted by Marlyana at 2:51 PM
Untuk minum petang, aku try kuuih puteri ayu. Since dah lama beli acuan die tp belum sempat nak guna lagi, elok sangat la aku melapangkan diri buat kuih ni...kuih old-scool ni, aku pon dah lama x makan...hehe resepi aku pakai dari blog kak Hana...aku kopipes utk rujukan yer...

KUIH PUTERI AYU
 
Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi(aku xbuh pon)
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit. 
note: aku buat setengah adunan je dapat la dalam 20 biji...


0 comments:


 

|miss watever| Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device