February 9, 2011

RED VELVET CUPPIES

Posted by Marlyana at 9:58 AM
Khamis - jadual full arini sampai xdapat nak pegi mana²...arini mem'baking' sampai lebam...ade order dr sahabat satu sek rendah nak RED VELVET CUPPIES...
aku sangat excited nak buat tempahan ni sbb ni first time aku try wat cc RV nih...camne rase die ek?what the special about this RV ek?soklan yang bermain2 di minda...cewahhh
bila rase, macam cc coklat biase yang aku penah buat...tp maybe campuran antara buttermilk dan serbuk koko buat rase die lain sket kot...tp gandingan ideal cuppies ni bersama cream cheese topping sangat² la superb!
so apa kata korang try and bgtau aku ape rase die?hehehe aku tempek resepi kat sini kot² ade sesapa nak try...resepi asal dari nas79 MyR...


RED VELVET CUPCAKES

Bahan-bahan

Bahan kering
-2 1/2 cawan tepung gandum
-1 1/2 cawan gula icing
-1 sudu kecil garam
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1/2 cawan serbuk koko ( guna yang good quality, kalau tak tak berasa nanti)
Bahan basah
-2 biji telur
-1/2 cawan minyak ( minyak jagung/canola/sayuran)
-1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka putih -biarkan beberapa minit)
-1 sudu kecil vanilla essence
-1 sudu kecil cuka putih
-1 sudu besar pewarna merah
 Cream cheese topping
-125 gm cream cheese
-1/2 cawan butter ( lebih sedap guna unsalted)
-1/2 cawan gula icing
-1 sudu besar perahan lemon (aku guna esen vanila)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 degree celcius
  2. Ayak bahan kering
  3. pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati
  4. Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah - gaul hingga sebati ( boleh guna mixer, low speed)
  5. Masukkan dalam acuan, bakar selama 18-20 minit
  6. Untuk topping , pukul semua bahan sehingga sebati. Letak topping bila cupcakes yang dah masak tu sejuk

0 comments:


 

|miss watever| Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device