February 11, 2011

CRAB NIGHT

Posted by Marlyana at 10:57 AM
malam tadi kitorang dinner lauk ketam...tengok lauk kat umah kak hana jepon tu terkeliuq la pulak...balik keje semalam terus g carik ketam...kat kedai okey...bukan kat laut...huhuhu aku buat chilli crab dengan sup ketam untuk si kenit tuh...resepi aku kopipes kak hana...tq kak...hubby cakap sodappp...

RESEPI CHILLI CRAB
source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3-4 ekor ketam size sederhana - belah dua cuci bersih
  • 10-15 tangkai cili kering - ikut kepedasan masing2
  • 1/4 biji bawang besar kuning @ 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • air asam jawa
  • sebiji telur
  • gula dan garam
Cara-cara
  • Rebus@celur cili kering dengan air panas. Basuh dan toskan.
  • Blend cili bersama bawang merah dan putih.
  • Panaskan minyak (minyak lebih sket dr tumis biasa), tumis bahan blend hingga pecah minyak dan cili masak. jika kering tambahkan air lg..Masukkan air asam jawa. Gaul.
  • Masukkan gula dan garam. Masukkan pula ketam.Gaul.
  • Masukkan sedikit air dlm 1/4cawan. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak dan cili agak kering. sesekali balik2kan takut hangus bhgn bawah.
  • Buka penutup, kecilkan api, kocok2kan telur dan siram atas ketam. Gaul mesra. Matikan api.
  • Hidangkan dengan menaburkan daun bawang/ketumbar.

 pic xberapa menawan hati...tp memang sodap la...hehe 



Ni plak resepi Sup Ketam...mudah n simple...
Bahan-bahan
  • Ketam
  • Bawang putih - ketuk
  • Halia - ketuk
  • Bawang merah - mayang
  • Batang saderi - potong2 (xjumpe kat kedai..)
  • Serbuk pati ayam - sudu kecil (optional)
  • Daun bawang@daun sup
  • Bawang goreng (aku xletak pong)
  • Garam
  • Air secukupnyer

Cara-cara

  • Siang ketam dan cuci bersih. ketepikan.
  • Tumis bwg putih,bwg merah,halia hingga naik bau.
  • Masukkan air,garam dan juga ketam. Rebus hingga ketam masak.(aku xbubuh pon sbb ketam dah manis)
  • Matikan api. Taburkan daun bawang@daun sup byk2 dan juga bawang goreng.
  • Siap untuk dhidang.
  • *note: bleh juga kocak2kan telur dlm sup jika suka!




ni sup untuk dak kenit...banyak jugak die makan..senang ati mama nak oiii....

0 comments:


 

|miss watever| Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device